KULAT AKAR PUTIH
Bukanlah satu perkara yg mudah tanam durian ini, masa, duit, tenaga sudah tentu menjadi pengorbanan demi hasil buah berduri ini. Sangkaan kita dahulunya silap jika amalan 3T (tanam, tinggal, tuai) boleh memberi hasil semudah ABC. Berbeza dngn durian kampong @ tanam biji, bolehlah amalkan 3T untuk hasil semudah itu, cuma bersabarlah untuk tempoh yang lama. Durian penanti, lagi2 durian hutan sangat kebal dari imunan penyakit..
Dalam banyak penyakit yang menyerang, salah satu penyakit yg paling berbisa disini adalah “Akar Putih”. Akar putih ini adalah disebabkan dari kulat Rigidoporus Lignoses. Berapa ramai petani yg gulung tikar kerana penyakit ini. Yang bahayanya penyakit ini menyerang secra perlahan2 sampaikan kita sendiri x dapat kesan dari awal. Lambat laung merawat, pasti kecundang!
Symptom :
- Pertumbuhan terbantut.
- Pucuk gagal berkembang dan kaku (bentuk melengkung)
- Pucuk kering dan gugur
Akan tetapi itu, gejala ini kadang kala dikeliru dengan seranggan serangga Hamama yang menyebabkan pucuk botak, gambah dibawah ini sebagai contohnya. Jadi, ia perlu diperiksa punca penyebabnya, sebelum masalah ini dikenalpasti.
- Daun kekuningan akibat kerosakan pada akar, akibatnya pokok gagal membina pigmen hijau bg merangkap cahaya yg diperlukan untuk proses fotosintesis. Sebab itu daun kelihatan seperti kena sunburn/kepanasan, daun nampak macam kekurangan baja.
- Bila tak hujan, nampak cepat layu.
- Terdapat jaringan warna putih pada pangkal pokok bila dikorek sekitar 5cm
Perhatian :
Ubat Phosphite @ 400 tidak berkesan keatas penyakit “Akar Putih”. Phosphite @ 400 hanya menguatkan daya ketahanan pokok keatas seranggan penyakit. Pokok yang sudah dijangkiti penyakit Akar Putih seharusnya dirawat dengan racun kulat yang tertera dibawah.
Solusi :
Racun kulat berbahan perawis ..
disembur pada daun dan disiram pada pangkal pokok agar terus meresap ke dalam tanah dan menyebar ke bahagian akar yg terjangkit. Bahan aktif ini mempunyai pengatur tumbuhan terencat, sila gunakan dengan berhati-hati.